Saturday, 6 April 2013

Perarakan Mat rempit Barisan Nasional di Wangsa Maju

Assalamualaikum Hello, tak banyak cerita pun untuk post kali ni.
just semalam aku pegi wangsa maju nak jumpa org mudah.com beli barang.
Mamat tu bagi tahu die dah dekat,setengah jam tunggu tak sampai-sampai pun.

Tengah-tengah bosan tu tiba aku ternampak polis naik motor bukak laluan hon sana hon sini.
aku fikir ade menteri mana nak lalu sampai ada polis bukak jalan.
sekali satu kumpulan merempit bawak bendera BN .
Hon tak berhenti-henti.hon tu takpe lagi yela diorang kan tengah promote parti diorang tak kan jalan senyap-senyap kot, tapi sambil hon sambil buat pacak tu apahal la pulak. memang la nampak  hebat. tapi giler ape. nasib baik polis tu tak join pacak sekali.kalau tak memang pelik la.

aku tak tau la mana dtg dorg ramai2.serius ramai.aku rasa mahu 200 300 orang tu.
and aku rasa curious gak.ape yang diorang dapat. pasal aku tengok semua nye semangat semacam.jerit sana sini. sampai merah tomato aku tgk muka dorg. mngkin siapa jerit paling kuat dapat duit kot.tak pun siapa pacak paling lama ke.tak pun sape hon paling banyak dapat hadiah ke.wakaka mane la tau kan. kalau macam tu aku pun nak join gak.haha.
time tu memang nampak terserlah lah semangat patriotik mat mat rempit kat situ. so kita dah tahu mat mat rempit ni parti mana sekarang. :) tapi tak tentu jugak. ada je nak duit punya pasal mulut cakap undi la 'Parti Lalala' (contoh) tapi at last pangkah parti lain jugak.haha.pandai2.
then lepas brader mudah.com tu sampai aku amik barang then chow.nak tnggu  line motor tu habis tak tau bila.bnyk sgt.haha. ni ade satu video aku amik usha la. :)

                             


so,kenapa aku panggil diorang merempit."asal naik motor je rempit ke bro?"
gambar hiasan
relaks . nak jadi mat rempit ni ade syarat2 die first sekali dah tentu la kene ade motor tak kan jalan kaki buat bunyi mulut 'vroom2' dah boleh jadi mat rempit kan.motor pinjam ke curi ke buat sendiri pun tak apa,asal kan ada. "lepas ada motor nak buat ape pulak nak jadi mat rempit?" last step ialah bawak motor secara berbahaya tak kisah la pacak ke willlie,lipat ke.bawak 3 org ke 4 org ke.asalkan bahaya maka jadi lah korang mat rempit a.k.a samseng jalanan.
panggilan mat rempit ni tak permanent die dpt nama tu time tengah buat aksi2 bahaya je. lepas turun motor jadi mamat biasa je la.aku pun pernah jadi mat rempit jugak.bawak 3 orang sekali satu motor. sape tak pernah kan. tengok awek dalam gambar tu.kira merempit la tu.haha. sekian:)

 thank you for reading,see you in the next post  :)



No comments:

Post a Comment